INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH







RUMUSAN
            Interaksi bermaksud proses saling bertindak balas, saling mempengaruhi  antara satu sama lain. Pendekatan dan strategi yang berkesan dalam interaksi mesti diadakan supaya segala maklumat dan ilmu sampai kepada murid tersebut. Interaksi dalam bilik darjah adalah penting dalam usaha mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Berdasarkan laporan, kumpulan ini telah membuat Projek Beraasakan Sekolah (PBS) mereka di SMK Taman Desa untuk mengkaji interaksi dalam bilik darjadi sekolah tersebut. Objektif kajian pertama ialah mengaplikasikan pola interaksi dalam bilik darjah. Terdapat beberapa jenis-jenis dan kepentingan yang ada dalam pola interaksi. Antara jenis-jenis interaksi dalam bilik darjah ialah interaksi sehala/interaksi tradisional, interaksi dua hala antara guru dan murid, interaksi dua hala antara murid dan murid, dan interaksi pelbagai hala antara guru dan murid dengan murid dan murid. Menurut Abdul Rasid Jamian et al. (2013) interaksi lisan antara guru dengan murid berlangsung secara baik di dalam bilik darjah, dengan adanya penggunaan strategi, kaedah, teknik, dan pendekatan yang sesuai. Kepentingan mewujudkan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah pula ialah pelajar lebih berasa motivasi dan dapat menimbulkan minat dan perhatian terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran, mengeratkan hubungan guru dengan murid dan murid dengan murid, ilmu yang disampaikan lebih berkesan dan bermakna, melahirkan pelajar yang aktif dalam bilik darjah, mlatih pelajar untuk berkomunikasi, dan dapat mengenal pasti tahap pengetahuan murid tersebut. Objektif kedua kajian ini ialah mengenalpasti halangan atau gangguan dalam proses interaksi dalam bilik darjah. Terbahagi kepada tiga Fizikal, Bahasa, Psikologi. Fizikal merujuk kepada gangguan persekitaran semasa berlakunya interaksi dua hala antara guru dan murid. Bahasa merujuk kepada gangguan makna atau semantik seperti menggunkan bahasa kurang sopan, kasar dan ringkas. Psikologi pula merujuk kepada tingkah laku emosi dan juga pemikiran manusia. Objektif yang ketiga atau terakhir ialah cara mewujudkan interaksi berkesan dalam bilik darjah. Antaranya ialah mengamalkan sikap kepimpinan demokratik, mengelolakan pelbagai aktiviti berkumpulan, percakapan yang jelas dan menggunakan teknik menyoal, dan strategi memusatkan murid.


RUJUKAN
Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman, & Sufiza Ishak. (2013). INTERAKSI LISAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU. JURNAL PENDIIDKAN BAHASA MELAYU - JPBM, 3(1), Page 42. 


Comments