RUMUSAN
Pembelajaran abad ke-21 bermaksud proses
pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi,
kolaboratif, pemikiran kritis, dan kreativiti serta mengaplikasikan nilai murni
dan etika. Pelaksanaan pengajaran abad 21 ini adalah berdasarkan KSSR dan KSSM
adalah merupakan penanda aras keberkesanan pendidikan abad 21 seperti yang
dihasratkan Kementerian Pendidikan Malaysia mulai tahun 2014, selaras dengan
transformasi pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013
- 2025). Objektif pertama ialah mengenali kemahiran yang perlu dikuasai dalam
pembelajaran abad ke-21. Terdapat tiga
kemahiran iaitu kemahiran pembelajaran dan inovasi, kemahiran maklumat, media
dan teknologi, dan kemahiran hidup dan kerjaya. Menurut Zubaidah (2016),
pencapaian keterampilan abad ke-21 ialah memperbarui kualitas pembelajaran,
membantu siswa mengembangkan partisipasi, menyesuaikan personalisasi belajar,
menekankan pada pembelajaran berbasis proyek/masalah, mendorong kerjasama dan
komunikasi, meningkatkan keterlibatan dan motivasi siswa, membudayakan
kreativitas dan inovasi dalam belajar, menggunakan sarana belajar yang tepat,
mendesain aktivitas belajar yang relevan dengan dunia nyata, memberdayakan
metakognisi, dan mengembangkan pembelajaran student-centered. Objektif kedua
ialah ciri-ciri pembelajaran abad ke-21, iaitu komunikasi, pemikiran kritis,
kolaborasi, dan kreativiti. Objektif ketiga pula ialah cabaran-cabaran dalam
melaksanakan pembelajaran abad ke-21, antaranya ialah, cabaran alaf baru yang
mana perubhan dari segi ekonomi dan politik. Selain itu, budaya ilmu, budaya
masyarakat iaitu pemikiran ilmu yang lebih kreatif diperlukan dan akhir sekali,
saingan tinggi terhadap pelajar dan menyebabkan masalah sosial. Objektif
keempat ialah mengenali bilik darjah. Konsep bilik darjah ialah proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, guru dapat mengawal tingkah laku,
memudahkan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, bilik darjah boleh
menjadi bilik, padang, makmal sains,
dewan atau makmal computer. Objektif kelima pula ialah ciri-ciri guru abad
ke-21, antaranya ialah berkesediaan sebagai guru, berpengetahuan tinggi, bijak
menggunakan teknologi terkini, mempunyai kemahiran kaunseling, dan
berketerampilan menarik. Objektif yang keenam atau terakhir pula ialah
ciri-ciri pelajar abad ke-21, antaranya ialah, bijak menyoal, yakin
berkomunikasi, menjana idea, berkeperibadian tinggi, pemikiran kritis dan
pandai menggunakan kemahiran ICT.
RUJUKAN
Zubaidah,
S. (2016, December). Keterampilan abad ke-21: Keterampilan yang diajarkan
melalui pembelajaran. In Seminar Nasional Pendidikan dengan tema “Isu-isu Strategis
Pembelajaran MIPA Abad (Vol. 21, No. 10).
Comments
Post a Comment