PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

RUMUSAN

          Alam pembelajaran ialah keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak, sama ada di dalam bilik darjah atau persekitarannya (Lee Shok Mee, 1993). Hal ini bermaksud cara-cara untuk menarik perhatian murid atau pelajar untuk belajar menggunakan bahan-bahan tambahan seperti Alat Bantuan Mengajar (ABM). Berdasarkan laporan, kumpulan ini telah membuat Projek Berasakan Sekolah (PBS) di Sekolah Bukit Rahman Putra untuk mengkaji persediaan ke alam persekolahan dan bagaimana aksi guru di sekolah tersebut. Objektif kajian yang pertama kumpulan ini ialah faktor-faktor persediaan ke alam pembelajaran. Terdapat dua(2) faktor yang diperoleh yang pertama ialah penggunaan buku Rancangan Pengajaran Harian (RPH), yang mana merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi guru dan mengandungi beberapa elemen yang perlu ditulis bagi memudahkan guru mencapai objektif yang telah ditetapkan. Faktor kedua atau terakhir ialah Alat Bantu Mengajar (ABM) iaitu merupakan alat yang mampu menimbulkan rangsangan dan seterusnya akan memperluaskan minda dan pengalaman pelajar. Menurut Ilias et al. (2013), faktor yang mendorong penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) ialah kefahaman pelajar, minat pelajar, reaksi positif pelajar dan kemudahan guru untuk mengajar. Manakala, halangan dalam penggunaan BBM pula ialah kekangan masa, kekurangan BBM, tempat yang terhad, masalah teknikal, kurang kreativiti dan sikap guru yang negatif. Objektif kedua kajian ini ialah kepentingan kajian di sekolah. Terdapat tiga(3) kepentingannya, yang pertama ialah menjana dan menghasilkan penyelidikan baru. Pengetahuan yang didapati di sekolah telah menyumbang kepada informasi baru atau penemuan baru yang dapat memberi manfaat kepada kumpulan ini. Yang kedua, meningkatkan pemahaman terhadap subjek Pengurusan Pembelajaran. Hal ini demikian kerana maklumat yang dijana melalui projek ini dapat digunapakai oleh pensyarah, pelajar, dan industri pendidikan. Yang ketiga atau terakhir pula ialah, komunikasi antara murid dengan guru dapat ditingkatkan kerana guru yang mahir berkomunikasi ini Berjaya menghasilkan suasana pembelajaran yang lebih ceria. Objektif ketiga atau terakhir kajian pula ialah mengenal pasti aksi guru di sekolah. Hasil kajian mendapati guru mengambil berat setiap pandangan yang diberikan oleh murid, guru menggunakan kaedah percakapan yang betul ketika sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P), guru juga dinampak tenang dalam mengatasi masalah murid, dan akhir sekali guru menggunakan proses pembelajaran dengan sikap lemah lembut dan kasih sayang. Hasil daripada aksi guru tersebut ia dapat menarik minat pelajar untuk belajar, maklumat yang disampaikan oleh guru mudah untuk pelajar fahami, dapat mempertingkatkan prestasi murid dan suasana pembelajaran dan pengajaran (P&P)   lebih sempurna.








RUJUKAN 

Ilias, M. F., Ismail, M. F. & Jasmi, K. A. (2013). Faktor Dorongan dan Halangan
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar oleh Guru Pendidikan Islam di Sekolah Bestari
(Motivation Factors and Obstacles use of teaching aids by the Islamic Education Teacher
in Smart School) in 3rd. International Conference on Islamic Education 2013
[ICIED2013]) at EPF Institute, Kajang, Selangor, Malaysia on 6 - 7 April 2013, p. 943-
953. ISBN: 978-96710160-4-6.







Comments